Wednesday, January 20, 2010

MADU Habatus Sauda (HS)


KANDUNGAN :-

1) HABBATUS SAUDA / JINTAN HITAM

2) MADU IRAN


KHASIAT:

1) MELANCARKAN PERJALANAN DARAH

2) MENGUATKAN MINDA

3) MENGUATKAN BADAN / ANTIBODI

4) MENGELAK SERANGAN PENYAKIT

5) MENGAWAL LEMAK/KOLESTROL DALAM DARAH

6) MENGAWAL BERAT BADAN

7) MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN

8) MEMUDAHKAN PENGHADAMAN DALAM USUS/ LAWAS AIR BESAR / MENGATASI SEMBELIT


Firman Allah - Surah An Nahl (Lebah) Ayat 69; Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Hadis Bukhari/Muslim; Tetaplah dengan habbah barakat ini kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat semua penyakit kecuali mati.


ATURAN MAKAN:

1) MAKAN 1 SUDU KECIL SEKALI SEHARI

2) MAKAN SETIAP PAGI SEBELUM MAKAN SESUAI UNTUK KEGUNAAN LELAKI DAN PEREMPUAN.


ADALAH DISYORKAN BAGI ISTERI YANG MENGAMBIL MAB, PARA SUAMI DIGALAKKAN MENGAMBIL HABBATUS SAUDA.






Mari berkongsi khasiat Habbatus Sauda & Madu...

BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN

Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

Beberapa manfaat jintan hitam atau habbatus sauda berdasarkan penelitian para ahli kedoktoran :
• Menguatkan sistem kekebalan tubuh
• Meningkatkan daya ingat dan konsentrasi
• Meningkatkan bioaktivitas hormon
• Menetralkan racun dalam tubuh,
• Mengatasi gangguan tidur dan stress,
• Anti histamin/anti alergi
• Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
• Melancarkan air susu ibu
• Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
• Anti tumor
• Nutrisi bagi manusia
• Anti Oksidan
• Anti infektif dan broncodialating


Khasiat Madu:
• Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
• Menghentikan batuk dengan cepat
• Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
• Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
• Menghentikan kesakitan sendi
• Baik untuk sistem pernafasan
• Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
• Membunuh kuman dan virus didalam darah
• Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
• Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
• Meningkatkan prestasi mental
• Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.


Keistimewaan:
Madu dapat disingkatkan dalam kata-kata Ibnu Sina “Madu itu menguatkan roh (kerohanian), madu itu menambahkan kerajinan (dan semangat), madu menggerak (membuka) selera makan, madu memelihara kemudaan, madu menolong melancarkan percakapan. Pada madu terdapat ciri-ciri makanan, ubat, ibadah, sunnah, taubat sesudah mengenali nikmat Allah yang besar ini dan pendekatan diri kepada Allah.”



Tuesday, January 12, 2010

SoaLaN-SoaLaN LaZiM TeNTaNG MAB

Bilakah waktu terbaik untuk mula makan MAB?

Untuk mula mkn MAB seeloknye start hari ke 3/4 period. Maknanya semasa period hari yg ke 3/4. Ini bertujuan agar mudah MAB nk adjust waktu period kite. Katalah period dah hari ke 4 kemudian bile makan MAB 21bji 21hari, jadi hari terakhir makan dah masuk hari ke 25 period dan tiba masa untuk cycle period yang baru.. tidaklah nnt kelam kabut, kalu x ikut hari ke3/4 ni nnt bile mula makan saja MAB dah period balik.

TETAPI untuk mereka yg kitaran periodnye x normal, x dtg langsung, 2 3 bulan sekali baru datang, anda perlu mula mkan MAB bila2 masa bila dapat MAB bole terus makan, x perlu tgu period.. utk kes ini, MAB ambil masa utk adjust period bg normal semula dan adalah pd kebiasaan mrk yg bermasalah period x teratur atau ada ambil injection/pil perancang period akn sedikit kelam kabut pd permulaan mkn MAB. Ada kes hingga sebulan 2kali period, ada yg period berterusan on n off 2 bulan, ada juga yg x period lgsg sampai 2 ke 3 bln.. ianya normal, nnt bile dah serasi dgn MAB insyaallah masalah ini dpt diatasi.
Cara mkn ini terpakai utk semua samada blum berkahwin, yg ingin merancang atau sbg ikhtiar utk mengandung..

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?

Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB hingga habis sebtl baru rest.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya.
Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.
Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.
MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”

Dalam kes ibu yang menyusu, saya bawakan untuk anda testimoni Puan Sal yang merupakan pengguna dan dealer MAB(petikan dr testimonial Jannah)

Salam,
Saya masa mula-mula makan MAB dulu..masih menyusu anak yg kecil. Memang pada awalnya selera makan bertambah dari biasa.Pengeluaran susu badan memang takde masalah.Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan saya berkurang...saya sendiri tak sedar, orang lain yang perasan

p/s: saya ada pengalaman, seluar jeans yg hampir setahun lebih tak dapat pakai..lepas makan MAB 4-5 botol, akhirnya dah boleh pakai sampai skrg.

SIMPTOM AWAL/SEMENTARA TINDAK BALAS RAWATAN MAB

Buat anda yang baru mengambil MAB... berikut disenaraikan antara tindakbalas proses rawatan MAB.. (hanya segelintir sahaja yang mengalami simptom2 ini)

>>Period menjadi lintang pukang..
-period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari...
-ada juga kes yang period datang 4hari.. then stop 2 hari.. then datang semula..
** pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam peranakan..dan darah tu dikeluarkan melalui period..

>>Rasa mengantuk...
-selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu pagi..
-pada yang ambil malam... tentu tak perasan simptom ni sebab lepas makan MAB.. memang nak tidur.. hehehe..

>>kerap kencing/buang air besar/ kentut....
**MAB tengah buat angin dan toksin la tu...

>>pening kepala
-adakalanya boleh membawa sampai demam
**MAB ni agak panas.. so disarankan banyakkan minum air masak.

>>rasa berdenyut pada payu dara...
-ada yang berasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak boleh nak pakai baju dalam
**situasi begini selalunya di alami jika kita hampir didatangi period..begitulah juga dengan MAB.. bermakna, MAB sedang merawat tubuh kita
** salah satu fungsi MAB.. menegangkan payudara.. so denyutan tu bermakna.. payudara semakin menegang.. wow.. mengancam la lepas ni.. hehehe


***NAMUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI HANYA SEMENTARA... tempohnya bergantung pada tahap kesihatan dan ketahanan tubuh masing-masing...

OLEH ITU... diharap semua pengamal-pengamal MAB dapat bersabar terhadap tindak balas rawatan MAB ini...

setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap kejayaan yang diinginkan...

INSYAALLAH...

Monday, January 4, 2010

PENGEDAR MAB + HS

BERMINAT NAK JADI PENGEDAR??!!
X KIRA DI MANA JUA ANDA BERADA,
MALAYSIA-INDONESIA...
PENGEDAR MAB + HS DIPERLUKAN
BAGI BERKONGSI RAHSIA PRODUK TERLARIS KEAJAIBAN HERBA SEMULAJADI UTK WANITA YG MERANCANG KEHAMILAN, UTK CUBA HAMIL DAN MENJAGA KESIHATAN...
hubungi saya untuk maklumat lanjut...

Friday, December 25, 2009

MAAJUN ANGGUN BISTARI DAN ATURANNYA...


MAAJUN ANGGUN BISTARI
(Plus Family planing)

Produk amalan tradisi keluarga sejak 25 tahun untuk dikongsi kepada puan-puan khas untuk yang telah berkahwin.

Jika puan-puan berhajat untuk merancang keluarga dengan cara tradisional, bolehlah mencuba dengan Maajun Anggun Bistari ini dimana kejayaannya adalah 100% dengan syarat mengikut disiplin makan yang betul.

Telah diamalkan sebagai tradisi keluarga sejak 25 tahun dulu. Dahulu ianya dijual hanya dari rumah ke rumah sahaja. Tidak dijual dimana-mana kedai ubat atau farmasi.

Bagi yang kurang selesa family planning dengan kaedah moden adalah dipelawa untuk mencuba kaedah tradisi ini dan setelah mendapat kejayaan & keyakinan boleh membuat perbandingan dengan kaedah moden.

Khasiat Maajun ini adalah spt di bawah mengikut keutamaan:

1. Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Menormal & teraturkan period setiap bulan.
7. Mencantik & menegangkan payu dara.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.
13. Awet muda.

ATURAN MAKAN

1. Bagi yang lepas pantang, mula makan pada hari ke 44 lepas bersalin.

2. Bagi yang merancang sendiri atau utk biasa, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period.

3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh makan bersama pil.

4. Bagi yang merancang mengguna IUD , kaedahnya mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan samada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja.

5. Bagi yang merancang mengguna injection, kaedah mengganti dengan MAB adalah seperti berikut;
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3,4, atau 5.
ii) Bagi yang tidak period dapat mab dan terus mula makan.
Selepas expired injection boleh putuskan terus sambung injection atau MAB sahaja.

6. Makan 1 biji sahaja sekali/sehari samada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya.katakan last makan hari ahad so next ahad samb. semula btl ke 2 dan btl seterusnya. contoh:

Cara nak sambung botol seterus utk mudah faham spt dibawah;
stop ahad smbg ahad,
stop isnin smbg isnin,
stop selasa smbg selasa
stop rabu smbg rabu
stop khamis smbg khamis
stop jumaat smbg jumaat
stop sabtu smbg sabtu
stop ahad smbg ahad

7. Kes lupa makan;
i) Makan Waktu Malam
Lupa makan malam, pagi besoknya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa juga paginya, malam perlu ambil 2 biji sekali.

ii) Makan Waktu Pagi
Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa malamnya, pagi besok perlu ambil 2 biji sekali.

Peringatan:
8. Untuk yang merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam, oleh itu amatlah penting untuk disiplin pengambilan makan pada waktu/jam yg sama setiap kali makan (plus/minus 2jam jika lupa sgt). Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.

9. Jika sedang makan MAB didatangi period tidak perlu berhenti terus sambung makan sehingga habis 21biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula btl ke 2 dan btl seterusnya.
Jika anda mematuhi aturan makan maajun MAB insyaallah MAB dapat membantu sebagai kaedah family planning anda.


TINDAKBALAS AWAL/SIMPTOM

1.Sakit pinggang untuk melancarkan saluran darah;
2.Tempoh/kuantiti haid yang tidak menentu; atau
3.Darah haid berwarna hitam bagi mereka yang menggunakan implant sebelum ini;

Ini adalah antara tindakbalas awal/simptom akibat menggunakan Maajun Anggun Bistari dan tempohnya berbeza setiap individu di antara 1-6 bulan.
Walau apapun adalah dinasihatkan terus mengamalkan makan Maajun Anggun Bistari untuk lebih mujarab supaya kembali normal kesihatan badan anda. Sekiranya ada masalah hubungi kami atau email untuk keterangan lebih lanjut. Kami sedia membantu anda "menjadi wanita sejati".

Tuesday, December 22, 2009

Bagaimana MAB merawat??

MAB mmg mbantu mrawat dalaman kita spt bersihkan darah kotor spt period atau nifas yg x keluar dgn lancar ms kita pantang atau gugur begitu jg period yg x lancar ia kan lancarkan.

Bila MAB Bertindak Balas?

Ia bgantung pada body masing ada yg 1 pertama period dah jadi kelam kabut spt keluar dgn banyak/sikit atau dlm tempoh yg panjang jg keluar dgn jumlah yg byk spt berketul2.Ramai jg yg dtg 2 kali sebulan.Warna darah kotor ni jg keluar dlm pelbagai color spt hitam,coklat atau x merah terang.


Proses tindak bls ni jg bgantung pd body masing ada hanya 2 bln, 3 bln ada sehingga 6 bln dan ada yg lebih.

Kesan/Khasiat MAB Selepas Tindak Balas ?

1.Badan menjadi ringan, dpt bergerak aktif.Lebih bertenaga dan mudah menyelasaikan kerja2.

2.Kulit muka menjadi cantik, licin,halus, gebu dan cerah.tiada lg jerawat atau jeragat/pigmentasi.

3.Badan menjadi kurus,kesan dr singkiran lemak,angin atau toksid brsama proses tindak bls tadi.

4.Perut menjadi kembis dan tidak mengebeh selepas singkiran toksid.

5.Hasil dr tindak balas ini jg membantu mengembalikan kelangsingan berat badan yg ideal.Amat di galakan utk ibu2 yg bersalin anak pertama.Proses kelangsingan lg cepat berlaku.

6.Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dr MAB dpt membantu mengembalikan payudara idaman semua.Kepada sesetengah ada yg mengalami rasa tindak balas spt sakit/dengut2 pada payudara.

7.Bertenaga, diakui semua yg telah mencuba MAB mmg bertenaga spt dpt berjaga lebih lewat dr mlm2 sebelum mengambil MAB.Malah dapat memberi tenaga yg lebih dlam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.

8.Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di mlmnya.Cth: ramai ibu2 yg menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya utk menyusu baby.

9.Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dgn banyak.Malah tiada efek kpd baby, perlu minum air yg banyak setiap hari.

10.Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan SEKS, malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia jg berfungsi sebagai family planning.Tiada rasa risau selapas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi selepas itu.

11.Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yg telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yg x mendpt pujian dr suami selepas makan MAB.Ramai yg terpaksa tambah bajet bulanan utk membeli shampoo lebih...... ....malah dpt menyelamatkan rumahtangga yg hampir musnah selepas terkena 'panahan' MAB.

Siapa Yang Boleh Makan MAB?

Semua golongan wanita yg berumur 18 thn keatas.So yg umur 18 th ke atas telah berkawin atau belum,janda/balu jg telah monopouse memang di syorkan makan MAB.Kandungan MAB bukan sahaja utk family planning/cegah kehamilan malah dpt merawat kesihatan dalaman wanita.

BAGUS BETUL MAB NI....APA LAGI ORDER LAH BANYAK SEMPENA AIDILFITRI NI...BAWA PROMOTE SEDARA DI KAMPUNG, ANAK SEDARA YG BARU NAK BERSALIN SBG FAMILY PLANNING.... , MAK YG DOK BISIK PAK HANG DOK COMPLAINT.... , KAK YANG ASYIK MUNCUNG ABANG SELALU LANGGAR SEMPADAN SIAM....JOM KASI RAPAT....


Sharing IS Caring

P etua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


tips dan info disumbang oleh kak zah...

Tuesday, December 15, 2009

Khasiat MAB dari Ramuannya

Salam sume...

ada response dari seorg cutomer saya ni.. sungguh gembira dia masalahnya telah dpt diatasi.. dan minta saya kongsikan bersama pengguna2 yg lain...

"dia dah 7 thn berkahwin masih belum mempunyai zuriat disbbkan masalah haid yg x menentu... period dia bole dikatakan teramat kerap.. hingga terpaksa makan pil perancang hormon dr doktor..krn menurut doktor salur darahnya ada kaitan dgn tahap kestabilan hormon...terpaksa bergantung pada pil perancang utk menghentikan pendarahan…. sehingga lah dia mencuba MAB... katanya baru makan sebiji, serta merta darahnya berhenti. dan dia amat gembira dan berpuas hati dgn hasil MAB....gembira sgt syukur krn bertemu MAB... " – MAB byk membantu dan merawat - Sara, JB.

Hasil carian saya ttg khasiat MAB khusus utk dikongsi bersama…

Khasiat2 MAB dlm merawat masalah dalaman wanita:

1. Kacip Fatimah
- Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- Dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- Juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir

2. Serapat
- Meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
- Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh

3. Senduduk
- Mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- Mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama

4. Inai
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) - untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin

5. Habatussauda
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating

6. Manjakani
- Menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- Dapat mengurangkan lelehan mukus
- Membantu menstabilkan hormon
- Melancarkan darah dan memberi tenaga
- Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- Dapat menghilangkan jerawat
- Amalan setiap hari dapat mengempiskan perut

7. Madu
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.

Sumber : http://melur.com/myherba.asp

Wednesday, October 28, 2009

PERLU TAHU : WAKTU SUBUR WANITA??

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita.
Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul.
Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

**Sumber : maklumat daripada http://pakarhowto.com

Wednesday, April 29, 2009

Kawasan Liputan MAB saya...

Bagi yang ingin mendapatkan MAB ini, kiranya anda berada berhampiran kawasan liputan saya, bolehlah terus mendapatkannya in-person dengan saya ye.. tapi jgn risau bg yg diluar kawasan liputan pun anda masih boleh dapatkannya dengan cara pos. Berikut bagi sesiapa yang hampir :

Dapatkan MAB anda di :
1) Bangunan Dayabumi, Pejabat POS Besar, Bangi, UKM (weekend shj), Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Nilai
-> Syuhada:
H/P: 019-3563292
Office: 03-22634511
Rumah: 03-89264894

2) 101,JLN 5/16 Seksyen 5, Rinching @ Taman Pelangi Semenyih
-> Zila 013-2938397

3) 18,PJS 6/3F, Kampung Lindungan, Bandar Sunway PJ
-> Pn Aziah 03-78766275


4) Kota Damansara, Setia Alam, Meru Klang &
Jalan Duta, KL.
-> Nazuha 013-5189848


5) Sepang, Bagan Lalang, Sungai Pelek,
Tanjung Sepat
-> Hasnah 013-2043352

6) Taman Sepakat Indah 1 & 2 Kajang;
Seksyen 7 & 8 Bangi
-> Fauziah 012-7640760



5) ATAU boleh saja emel @ YM : syuhada03@yahoo.com

Tuesday, February 17, 2009

Bagaimana MAB bertindak sbg Family Planning..

Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning........

1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan miningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chanses utk pregnt adalah zero pada suhu ini.

2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih yg dilepaskan semasa bersama cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabtu lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

4) Mangikut kajian juga semasa bersama ada berjuta2 benih dilepaskan. Benih lelaki/peremuan akan berenang n akan berjumpa di rahim. Hanya satu dari jutaan benih yang betul2 aktif yg menang akan ke rahim untuk membuat persenyawaan. Tapi bila sampai ia tidak berupaya combine kerana didapati suhu kat situ tidak sesuai untuknya. Tunggu punya tunggu tempat pun sudah melebihi 24 jam kecewa akhirnya habislah perjanjian hayatnya pun luput.

5) So satu biji itulah dose yang betul u utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.

So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protek just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.